Daftar Percuma!

Saturday, 3 January 2015

TIPS: TURUNKAN BERAT BADAN ANDA TANPA KOS !



Sememangnya memiliki berat badan yang ideal merupakan idaman setiap insan. Kami tampilkan cara mudah yang boleh membantu anda untuk mendapatkan berat yang ideal. 

1. Kurangkan Gula
Kurangkan gula atau tinggalkan terus tabiat makan dan minum yang manis-manis. Gula sememangnya diketahui umum sebagai makanan atau bahan perasa yang tidak sihat, tetapi ada yang masih tidak ambil berat akan kuantiti gula harian yang diambil. 

Penggunaan gula yang banyak bukan sahaja boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tetapi juga penambahan berat badan.Anda juga boleh menggantikan gula dengan Stevia(manis tanpa gula). Baca lebih lanjut --> KLIK SINI 

2. BerPuasa
Yer, dengan mengamalkan PUASA ISNIN dan KHAMIS setiap minggu akan membantu menurunkan berat badan. Tapi ingat, semasa berbuka janganlah makan berlebihan. Dan apa yang lebih penting jangan tinggalkan Sahur. Kerana dengan berSAHUR anda akan lebih bertenaga sepanjang hari InsyaALLAH 

3. Minum Air Mineral
Seringkali kita diingatkan untuk minum 2 liter air sehari. Kenapa? Salah satu kebaikannya adalah penurunan berat badan dan memudahkan pencernaan. Jika anda tidak suka akan rasa air mineral, carilah alternatif lain seperti menambahkan buah-buahan ke dalam air tersebut. Tapi ingat, jangan letak gula! 

4. Bahagikan Makanan
Cara mudah untuk mengelakkan makan dalam kuantiti banyak adalah dengan mengasingkan makanan tersebut ke dua bahagian. Simpan satu bahagian untuk dimakan kemudian. Ianya bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga dapat mengawal pemakanan anda. 

5. Masak Di Rumah
Makanan yang dibeli di luar kebiasaannya mengandungi kalori yang tinggi. Masakan di rumah sudah tentunya lebih menyihatkan kerana kita tahu kandungan atau bahan apa yang digunakan.

6. Dukan Diet (Turun Berat dalam masa 7 hari)
Suatu lagi kaedah yang agak famous di negara Barat adalah Dukan Diet. Apa itu Dukan Diet? Baca Lebih Lanjut --> KLIK SINI 


0 comments:

Post a Comment

ALHAMDULILLAH